Sunday 27 March 2011

teknik-teknik dalam melukis

TEKNIK-TEKNIK DALAM MELUKIS

Anamorfisme bererti penghasilan lukisan secara perspektif. Secara khususnya istilah tersebut adalah titik padang terhadap imej yang dilihat dari sudut tertentu.

Leonardo's Eye

Leonardo da Vinci, sekitar 1485) adalah salah satu contoh karya Anamorfosis tertua yang pernah ditemui.
Selama abad 17th, Mural trompe l'oeil ketika Barok sering menggunakan teknik ini untuk mendapatkan kombinasi arsitektural yang sempurna dengan seni visual. Saat pengunjung melihat bangunan dari sudut yang tepat, maka bangunan tersebut akan bersatumenjadi satu lukisan yang mempunyai dekorasi yang ada. Hans Holbein the Younger adalah salah satu contoh pengguna teknik anamorfisme dalam karyanya.
Kubah dan rangka langit-langit dari Gereja St. Ignazio di Roma Rome, yang dilukis oleh Andrea Pozzo, merupakan elemen yang dilukis dalam lukisannya.

Hatching

(hachure dalam Bahasa Perancis) dan juga cross-hatching adalah teknik dalam lukisan dan karya menarik yang digunakan untuk memberikan kesan warna atau bayangan dengan membuat garis-garis hatcing. Jika garis-garis hatcing tersebut diulang -ulang dan bersilang, maka teknik ini menjadi cross hatching.
Teknik dasar
Konsep utama dari hatching adalah kepadatan, jumlah, dan ketebalan garis sangat mempengaruhi kesan bayangan yang dihasilkan. Dengan meningkatkan kepadatan, jumlah, dan jarak antara garis, maka bayangan yang dihasilkan semakin gelap.
Kontras bayangan boleh juga dihasilkan dengan mendekatkan dua jenis hatching yang berbeza sudut garisnya. Hasilnya, variasi garis ini akan memberikan ilusi warna, yang boleh digunakan dengan stabil akan mengasilkan imej yang realistik.

Impasto

lukisan catan yang berlapis yang tebal di atas kanvas dapat menunjukkan catan yang sangat kasar dan palitan - palitan tebal tersebut dapat dilihat dengan jelas. Cat yang di palitkan tercampur di atas kanvas. Teknik impasto akan menghasilkan tekstur yang jelas, sehingga kesan kehadiran objek lebih terasa.

Chiaroscuro

Berasal dari kata Italia yang bererti gelap-terang yang boleh juga diertikan sebagai kontras yang sangat kuat antara cahaya dan bayangan di dalam suatu karya seni.
Teknik chiaroscuro dalam karya cetak agak berbeza dengan teknik camaieu Jerman, di mana kesan menarik dapat dilihat berbeza jelas dalam pembentukan efek pantulan plastik, dan lebih sering menggunakan medium kertas berwarna.

Sunday 6 March 2011

ARANG

- MEDIA ARANG -
Arang merupakan bahan yang memberi kebebasan untuk menghasilkan lukisan secara spontan. Arang yang pendek adalah lebih senang digunakan. Comotan dengan tangan atau pemadam akan menghasilkan pelbagai jalinan dalam lukisan menggunakan arang. Manakala kesalahan pula adalah senang untuk diperbaiki kerana lukisan asal senang dipadamkan dengan menggunakan kain. Hasil lukisan yang telah siap mestilah disemburkan dengan bahan pemati dan seterusnya dilindungi dengan kertas tisu bagi mengelakkan comotan.


1. Asalnya merupakan arang batang kayu yang terbakar.
2. Media yang tertua sekali.
3. Kelebihan arang ialah menghasilkan kesan gelap yan maksimum, lembut, lebih tepat dan tajam, lorekan yang pantas dan mampu melukis dalam kawasan yang luas pada masa yang singkat.
4. Teknik-teknik melukis arang ialah teknik gosokan, lorekan, basah dan memadam.


arang yang digunakan untuk melukis

arang juga dibuat seakan-akan pensel bagi memudahkan pengedalian

Beberapa jenis arang yang terdapat di pasaran






Hasil karya daripada media arang


Hasil karya lukisan media arang

sumber dari http://senivisual1.blogspot.com/2009/10/lukisan.html

Wednesday 2 March 2011

Perspektif Yang Terdapat Dalam Lukisan

Terdapat 3 perspektif utama dalam sesebuah lukisan, iaitu perspektif 1 titik, perspektif 2 titik dan perspektif 3 titik. Di sini , hamba telah lampirkan sekali gambaran contoh bagi ketiga-tiga perspektif ini.






Perspektif Satu Titik


 Perspektif Dua Titik




Perspektif Tiga Titik